Thursday, December 25, 2008

25 Disember

Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia.

Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan.

Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi, hadiah akan diberikan oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat lebih komersial di mana gedung-gedung jualan akan berhias dan membuat persediaan jualan hari Natal semenjak awal Disember lagi. <Source>

Dilihat hari nih merupakan seolah-olah hari raya untuk raya untuk umat Kristian. Namun pada hakikat yang teman hadapi adalah hari seribu makna untuk teman.

Pada hari ini, 32 tahun dahulu ayahanda dan bonda melangsungkan perkahwinan mereka. Sebagai anak pertama dalam keluarga, teman sepatutnya try to cherish their happiers day at least dengan ucapan terima kasih sebab melahirkan teman. Namun teman cuma tahu peristiwa yang bersejarah ini selepas teman berusia 19 tahun. Iaitu semasa anniversary deme yang ke 24.(Teruk punyer anak...)

Tarikh ini juga merupakan tarikh keramat yang paling sedih dalam hidup bonda teman. Pada tarikh ini juga setelah genap 30 tahun deme bersama, tiba la masa deme berpisah. Ayahanda teman menghembuskan nafasnyer yang terakhir pada 25/12/2006 jam 5.30 pagi ketika dalam perjalanan ke hospital. Terasanyer lah syahdu teman tgk muka bonda teman masa tu. Nak teroyak dah takder ayor mata. Arwah dipilih untuk meninggalkan kami pada hari ulang tahun perkahwinan. 30 tahun bagi teman adalah tempoh yang lama dan ia berberkas hingga ke hari ini.

Hari ini genap lah 2 tahun arwah telah meninggalkan keluarga kami. teman hanya mampu berdoa agar arwah ditempatkan di golongan orang yang baik-baik.... Al fatihah....

Ayah...

Tidak sempat diriku...
Memohon sejuta kemaafan...
Kerna ku tahu...
Diriku ini adalah anak yang degil...
Tak mendengar cakap...
Tak mahu terima nasihatmu...

Ayah...

Tidak sempat diriku dulu...
Menyelesaikan lagi permintaanmu...
Kerna kealpaan ku...
Terlewat mengawini isteriku...
Yang amat kau sayangi...
Seolah-olah anakmu sendiri...
Akhirnye aku berkahwin...
Tanpa kelibat dirimu melihatnya...

Ayah...

Sehingga kini diriku tidak sempat lagi...
Mengubah nasib diriku...
Masih lagi bergelumang dengan perjuangan...
Perjuangan yang tak kelihatan penghujungnya...
Perjuangan yang hilang serinya sejak ayah tiada...

Ayah...
Maafkan dosa anakmu ini...
Jika ada kesilapan yang tak terbayar...

Sesungguhnya diriku tak pernah menyatakannya...
Anakmu ini menyayangimu...
Merinduimu...
Menghormatimu...

Cuma doa yang dapat anakmu ini curahkan...
Untuk Ayah yang telah pergi...


3 comments:

peihong said...

al fatihah

9W2SGN said...

terharu sungguh.. al fatihah

Zek@9m2pro said...

Memang sedey anas..moga doa kita agar kesejahteraan org tua kita dipelihara.