Friday, June 12, 2009

Sengketa

Aku dah bosan dengan telingkah ini. Semakin aku lalui semakin aku rasa meluat. Aku tak minta jadi begini. Aku tak mahu pun jadi begini.
Aku bina empayar ini dengan lelah aku sendiri. Kepercayaan aku sendiri. Keinginan aku sendiri. Tetapi adakah kau percaya dengan lelah ku. Percaya dengan kepercayaan ku. Percaya dengan keinginan ku. Atau kau hanya menumpang sementara mendapat sarang yang baru. Cilaka lah atas kau sendiri nanti.
p/s kisah dunia aku yang lain. ia realiti. tetapi takde kene mengene dengan dunia aku yang satu lagi dan dunia aku yang lama tak diperbaharui. Nantikan kemunculannya.

Wednesday, June 10, 2009

Rumusan waktu tidur dua tiga hari ini

Waktu tidur aku dua tiga hari ni adalah agak merapu.
Minggu ini aku bermula agak lewat. Hari Isnin bangun tidur hampir dinihari. Sebab tugasan,aku hanya tidur selepas 22 lepas tu dengan kadar satu jam setengah.
Cuma aktiviti hari selasa agak berat, 2 lokasi kerja part time. 1 lokasi jumpa buyer product. 2 lokasi keje utama. Jarak perjalanan hari ini... 250 km. Mujur la dapat kete auto. Kalau tak, biru lagi la mata hitam ku.
Ingat balik boleh tiduq, tapi ini handphone kaco. Kene buat posting ke blog ni.
Selamat membaca.


Monday, June 8, 2009

Siapa itu Abang Kojek?

Sejak dari pagi tadi Abang Kojek tak tentu arah. Ke kiri salah ke kanan salah. Ke ruang tamu dia gelisah. Ke dapur dia resah. Baring dikatil dia sesah, mahupun pun ke jamban dia memerah (opps... itu sudah pasti).
Nak kate tak makan, dah 2 kali dia makan pagi tadi. Tak campur lagi lunch kat pekan tadi. Dapat pulak kenyit mata kat satu awek. Yang tak tahan tu dia respon. Masa Abang Kojek nak pegi ke meja awek tu, sekali pakwe dia datang bawak nasi. Sekali badan macam Hulk Hogan masa muda ler pulak. Terus putus nafsu nak tackle. Mujur nasi kat kedai mamak ni masih maintain.
Abang Kojek tak puas hati. Ni mesti ade yang tak kene ni. Abang Kojek ambik handphone N71 nye terus dail no. awek dia. Syukur *diamond umbrella mountain explode dia angkat phone. Hilang sikit senak perut Abang Kojek. Dekat sejam gak ler bergayut, ucapan sayang nak letak phone je dekat setengah jam. Naik lenjun phone di'emuah-emuah'kan dek Abang Kojek.
Selamat... Tapi abang kojek tetap tak tentu arah. Mak nak datang ke? Ehh mak Abang Kojek kan dah meninggal 6 tahun lepas. Abis? Kenapa Abang Kojek masih tak leh tenteramkan jiwa.
Pusing pi pusing mai dalam umah dia. Kalau nak kira jarak perjalanan,mau dah sampai Uganda dah.
Akhirnye Abang Kojek giveup. Dia pun nyala sebatang rokok dan masuk ke jamban untuk tunaikan hajat. Tengah-tengah sedap dia memerah keringat, terpandang la pada cermin bilik air abang kojek. Lalu keluarlah ayat makian dalam 6 jenis bahasa.



Patut la Abang Kojek tak tentu arah. Dia tak potong rambut lagi rupenye. Giler ko!!! Dah name Abang Kojek, mane boleh dia ade rambut. Ni dah kira boleh buat turf golf dah. Kalau ade rambut dia jadi Abang Jambu.
Oleh yang demikian,kalau ade yang bertanya siapa Abang Kojek. Terus je tunjuk mamat botak yang duduk kat tingkat 5 pangsapuri Jalan Sentul Utara.
Sampaikan salam pada dia.
Hehehehe.
p/s *alih bahasa daripada intan payung gunung meletop.











Friday, June 5, 2009

Kalau diikutkan

Ikut hati mati...
Ikut nafsu lesu...
Ikut aku... SELAMAT...
Ayat biasa yang aku dengar 3 4 5 6 tahun dulu, terutama masa aku belajor kat uitm dulu. Pengaruh komik dan sitcom banyak menular dalam minda kengkawan dan aku sendiri. Tapi percaya atau tidak, ia dah hampir jadi darah daging sesetengah orang. Tapi... semenjak 2 menjak ni, tiap kali aku ikut kater orang, aku yang kecundang, aku yang tempang, aku yang kene pelempang. Nasib belum kene sepak terajang.
Adakah aku, tak mampu buat keputusan sendiri. Tak mampu berfikir sendiri, analisa dan kaji. Adakah kepala hotak aku ni, ade terencat kat mane-mane bahagian.
Ketidakmampuan akal berfikir dengan sendiri, selalu mengundang bahaya. Sering kali keputusan yang silap kita buat atas sebab ikut cakap orang. Kemampuan berfikir sendiri, sering diabaikan. Buah fikiran, sering jadi ayat 'cerdik buah-buahan'.
Tapi... jika direnung kembali fasa membuat keputusan. Kalau kita buat keputusan sendiri,tanpa rujuk mane2 rujukan,kita akan salahkan diri sendiri apabila keputusan yang kita ambik tu salah. So untuk elak mende tu berlaku,kita tanye orang,minta pendapat, bernas atau tidak,kita buat cross check dengan orang lain. Walaupun keputusan yang dibuat itu tetap salah, hati akan rasa ok,sebab dah buat rujukan pun salah. So tak perlu nak salah keadaan. It be as it want to be. Takde paksaan.
Oleh yang demikian, maka ia tetap disebut...
Ikut aku...SELAMAT.....
p/s ade sesiapa nak ikut aku? aku baru nak tiduq ni. Hehehehehe...





Wednesday, June 3, 2009

Bulan yang baru

Hari ini hari ketiga bulan enam.
Aku masih katil. Ngantuk betui. Nak sambung tidur la dulu...