Tuesday, August 12, 2008

UiTM di Cabar

UiTM Dihatiku.

Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak Merdeka
Bagai Obor Ilmu Memayungi
Putera Puterinya
Pelopor Hidup, Budaya Bangsa
Agama……..Negara
Pembentuk Akhlak Manusia
Agar Jadi Sempurna

Ku Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari
Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan Ilmumu
Untuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku

Majulah Bangsa, Maju Negara
Berkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi Bangsa

Watikah Yang Ku Miliki Kan Ku
Semat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi Untuk
Menabur Bakti
Ku Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia


Salam,
Sengaja saya letakkan lagu rasmi UiTM di awal qalam saya ini supaya pengunjung-pengunjung forum mesra.net tahu betapa penting nya UiTM terhadap survival kaum bumiputera amnya dan kaum Melayu khasnya.

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap apa yang telah diutarakan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan dengan kuota 10% untuk bukan bumiputera untuk memasuki UiTM.

Saya sememangnya tidak bersetuju sekali dengan pandangan beliau tersebut. Tanpa penyertaan kaum-kaum lain di dalam UiTM, pelajar-pelajar UiTM sememangnya berdaya saing. Sebagai alumni UiTM saya sungguh terhutang budi kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa pembangunan Malaysia kerana mempunyai daya intelektual yang jauh ke hadapan di dalam membangunkan kaum-kaum bumiputera terutamanya kaum Melayu. Diantara idea bernas beliau ialah penubuhan Maktab RIDA pada tahun 1957 di Petaling Jaya, khusus ditubuhkan untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran orang Melayu terutamanya di bidang-bidang profesional ke tahap yang setara dengan kaum bukan Melayu. Pada tahun 1965, maktab ini seterusnya ditukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dan perjuangan untuk mendapatkan status sebagai universiti awam di negara ini terlaksana juga akhirnya dan telah diisytiharkan oleh Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tarikh keramat 26 Ogos 1999. Perjalanan universiti ini sepanjang perjalanan kemerdekaan negara kerana pada 26 Ogos 1999 barulah institusi ini dinaikkan taraf sebagai universiti.

Institusi ini sangat unik dan istimewa jika dibandingkan dengan universiti awam lain di negara ini kerana ianya tidak lahir secara-cara tiba-tiba sebagai universiti. Proses menuntut ITM menjadi UiTM melalui pelbagai ranjau dan onak duri yang telah dilalui oleh alumni-alumni UiTM. Mereka telah ditahan dibawah akta kesalamatan dalam negeri (ISA) semata-mata untuk menuntut sebuah universiti. Makanan pelajar-pelajar di ITM Jalan Othman, telah dicatu kerana tindakan mereka menuntut pertukaran status ITM kepada UiTM pada tahun 1970-an lagi. Dan hanya pada 26 Ogos 1999 perjuangan itu terlaksana. Kewujudan UiTM telah melahirkan profesional di dalam pelbagai bidang seperti Perakauanan, Peguam, Kejuruteraan, Penyelidik, Pereka Fesyen, Pengurus Ladang, Arkitek, Farmasi, Perhotelan, Penyiaran dan baru-baru ini hatta di dalam bidang Perubatan di mana bidang-bidang tersebut telah di monopoli oleh kaum bukan bumiputera sebelum ini. Universiti ini hanya menawarkan bidang-bidang profesional dan kritikal dan tidak menawarkan pengajian sastera semata-mata. Sebut apa sahaja bidang-bidang profesional dan teknikal semuanya insyaAllah ada ditawarkan di UiTM.

Saya tidak dapat menggambarkan di manakah letak nya kaum bumiputera di dalam bidang-bidang tersebut kalau tidak kerana ilham bernas Tun Abdul Razak. Mungkin kaum Melayu hanya gah di dalam bidang-bidang sastera dan pengajian islam seperti saudara DSAI dan Pak lah. Memang tidak dinafikan peranan universiti-universiti lain seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan lain-lain di dalam melahirkan teknokrat di dalam bidang-bidang profesional. Tetapi berapa ramaikan pelajar-pelajar bumiputera yang mengikuti bidang-bidang kritikal ini di universiti tersebut. Nisbahnya sememangnya adalah jauh sekali dengan populasi penduduk melayu di negara ini dengan kaum lain. Seperti yang telah dinyatakan tadi, kaum melayu hanya gah di dalam bidang sastera, pengajian sains sosial dan pengajian islam. Oleh itu, di sinilah peranan UiTM untuk menyeimbangkan ketidakseimbangan tersebut. Jika dibuka kuota 10% kepada kaum bukan bumiputera, adalah dibimbangi ketidakseimbangan tersebut semakin terbuka luas di antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.


Kenyataan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai pelajar-pelajar UiTM yang hanya berlingkar dikalangan kelompok mereka sahaja adalah tidak tepat sama sekali. Walaupun tanpa penyertaan kaum bukan bumiputera seperti Cina dan India, di sini pelajar-pelajar nya berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain yang terdiri daripada latar belakang agama dan bangsa yang berbeza seperti Iban, Kadazan, Dusun, dan lain-lain kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Ini tidak sedikit pun menyebabkan mereka tidak mesra dan tidak serasi dengan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Berbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak UiTM seperti Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) untuk merapatkan jurang di antara pelajar dengan masyarakat dan kaum-kaum lain. Malah, sebut sahaja di mana-mana pasti terdapat alumni-alumni yang lahir daripada UiTM. Dari Eropah, Timur tengah, seterusnya negara matahari terbit mesti ada alumni UiTM yang menyumbangkan kepakaran di didalam bidang masing.

Sukatan pelajaran di UiTM juga berbeza daripada IPTA yang lain kerana, sejak kewujudannya sehingga sekarang medium pengajaran adalah di dalam bahasa Inggeris. UiTM juga mempunyai nilai tambah terhadap graduan-graduan yang dihasilkan seperti menyelitkan asas-asas perniagaan dan pengurusan kepada pelajar daripada bidang-bidang teknikal supaya mereka lebih berdaya saing dengan pelajar-pelajar daripada universiti lain. Ini semua tidak dapat diperolehi oleh pelajar-pelajar bumiputera yang menuntut di IPTA lain. Baru-baru ini pihak Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) telah mengikuti jejak langkah UiTM dengan mewajibkan subjek keusahawanan kepada semua IPTA di Malaysia. Jelas, UiTM selangkah ke hadapan daripada IPTA lain di dalam melahirkan graduan berdaya saing.

Kita telah banyak berkompromi terhadap kaum bukan bumiputera lain seperti MRSM,ASB/ASN,CIMB yang pada asalnya adalah milik sepenuhnya bumiputera. Hanya UiTM merupakan tembok terakhir bagi memartabatkan bangsa Melayu supaya terus setanding dengan kaum-kaum lain di negara ini. Pelajar bukan Bumiputera mempunyai 19 IPT awam dan 515 IPT swasta di negara ini. Hanya satu sahaja universiti yang dikhaskan hanya untuk kaum bumiputera. Mengapakah satu-satunya institusi bumiputera ini hendak diserahkan kuota nya kepada kaum bukan bumiputera? Harus diingatkan bahawa kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Rata-rata rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah terdiri dariada bangsa Melayu. Kaum-kaum lain boleh mendapatkan pendidikan peringkat tinggi di IPTA dan IPTS lain di negara ini kerana dari segi ekonominya mereka berkemampuan malah boleh meneruskan pengajian hatta di luar negara sekalipun.

Kebimbangan yang telah dizahirkan oleh beberapa rakan-rakan saya yang merupakan penyokong kuat UMNO terjelma juga akhirnya. Pernah rakan-rakan saya mengingatkan saya apakah akan terjadi kepada UiTM sekiranya pihak Pakatan Rakyat memerintah, di mana mereka menyatakan bahawa status UiTM sebagai IPTA untuk bumiputera akan dihapuskan. Di mana setiap cawangan-cawangannya akan diagih-agihkan untuk setiap parti komponen. Sebagai contoh, UiTM Penang akan dimiliki oleh DAP, UiTM Kelantan akan dimilki PAS, dan UiTM Shah Alam akan dimiliki oleh PKR.


Tetapi saya menyanggah kenyataan rakan-rakan saya tersebut kerana saya yakin dengan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh DSAI di setiap ceramah yang menyatakan hak keistimewaan bumiputera di negara ini akan dilindungi dan DSAI tidak akan berkompromi terhadap usaha untuk memperkotak-katikan keistimewaan tersebut oleh kaum-kaum lain. Diantara hak keistimewaan orang Melayu adalah UiTM. Malangnya, kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan dengan pemberian kuota 10% untuk pelajar bukan bumiputera menghakis kepercayaan saya terhadap Pakatan Rakyat jika memerintah negara pada 16 september ini. Kenyataan oleh MB Selangor tersebut benar-benar mengguris perasaan saya.


Sebagai alumni UiTM, perasaan sayang dan cinta kepada institusi ini sangat menebal di hati dan jiwa raga saya. Saya berharap DSAI juga begitu kerana DSAI merupakan orang Melayu dan pemimpin Melayu walaupun saudara DSAI bukan lahir daripada institusi ulung Melayu ini iaitu UiTM. Sekiranya begini akhirnya terjadi kepada pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya pemimpin Melayu saya lebih rela kerajaan yang ada sekarang tidak ditukar. Lebih baik memperbaiki kepincangan yang ada pada kerajaan sekarang daripada menyerahkan tampok pemerintahan kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang mengkhianati martabat perjuangan bangsa nya sendiri.

Akhir qalam, semoga DSAI menyatakan pendirian yang jelas dan tegas serta jujur di dalam isu ini kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi kemenangan DSAI di Permatang Pauh nanti.

Universiti Ini Tolong Melayu=UiTM
Kalau tidak UiTM, institusi manakah yang akan menolong bangsa Melayu di negara ini?
Fikir-fikirkanlah.

UiTM Tetap di hatiku!

original posted at here

What do i thing about it???

I posted this all the blog that have comment bout this issue...

"
Mungkin ader rationalnya kater MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tu... Dari sudut keterbukaan kerajaan dan ketelusan itu, memang harus UiTM lakukan aper yang disarankan....

Namun jika kita perhalusi the 'root' of uitm sendiri... anda akan faham kenapa cadangan ini jadi 'non sense'....

saya bekas pelajar itm dan uitm... dua zaman berbeza tapi perjuangannya tetap sama... Tun sendiri akui Melayu belum maju, kenapa nak tarik hak yang kita dan cipta untuk kita...

bukan nak menegangkan isu perkauman, tapi kita ada berpuluh universiti lai yang boleh bangsa lain masuk, kenapa UiTM nak di godam...

Nak jadi 'World Class University' kene wat camtu ker??? anda faham ker aper WCU tu... tahap pendidikan yang 'World Class', pelajar yang world class, bukan student campur-2 tu akan jadi world class university....

tgk sukan olimpik dah la... nak jadi atlit world class kene nak menang and compete kat world class event...making a world class event don't mean we have a world class atlit.... so???

bak kater nabil.... lu pikirla sendiri..."

Even though i quite please with current Selangor Government, but this issue make me feel not good toward Selangor MB....

So i hope he will draw back his statement....