Aku sekarang sedang sendiri melihat orang lalu lalang di tempat awam ini. Aku melihat raut wajah mereka ini pelbagai. Pelbagai gelagat yang dapat digambarkan dengan perbagai cara.
Peluk tubuh, berpegang tanah, jalan sendiri sambil mata melilau sekeliling. Jalan dengan keadaan tangan di belakang. Jalan sambil berbual. Menguap. Gosok matanya. Menunggu. Merenung. Sinis mahupun penuh tanda tanya.
Aku berada di kalangan manusia yang sedang enak berjalan. Bersukaria. Bersama keluarga. Sahabat. Kekasih. Pecinta dan mencintai. Membeli tingkap (windows shopping).
Gambaran wajah mereka amat enak sekali. Amat tenang, selesa dan bersemangat. Corotan sudut wajah mereka sebenarnya gembira. Happy. Ia la perkataannya. Semuanya akan beres jika kita happy. Wajah2 itu yang bersinar di sisipan anak mata. Kedutan kedutan wajah dan garisan halus itu sedikit sebanyak menggambarkan kebahagian, ketenangan dan happy.
Aku sendiri disini menyelongkar keajaiban perasaan ini. Menelusuri kehebatan perasaan itu. Memahami erti. Mendalami lautan rasa yang timbul di kala masa itu berlalu. Aku sendiri pernah rasa apa yang mereka rasa itu dahulu. Tetapi... Ia dibawa oleh angin barat yang lalu tanpa dapat aku tahan. Tanpa dapat aku sekat. Tanpa dapat aku hentikan.
Maka aku tewas dengan nya. Hilang la happy dari genggaman. Hi hi bye bye.
Wednesday, October 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment