Sayup-sayup kedengaran... Gema azan subuh, memecah kesunyian pagi hari. Menggegarkan tubuh, bangun mengadap Ilahi... Jirusan air membasahi wajah dan anggota yang sucikan. Mengangkat Takbir menunaikan kewajipan.
Aku masih didepan skrin, melakar gerakan tangan, sang tetikus ditekan-tekan, kertas bertaburan. Aku makin terdengar, suara-suara ghaib, memanggil aku ke empukkan. Ah... Persetan... Aku mahu siapkan tugasan..
Ahhhhh,lena ku makin hampir... Tugasan makin menipis, sedikit demi sedikit. Lenaku pagi ini, pohon keredaan Ilahi, bangunkan ku dengan semangat lebih jitu.
Friday, November 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment