Kekadang masalah besar dalam hidup ni, adalah menilai kepentingan. Beribu jalan telah kita lalui, masih lagi dalam ruang rongga fikiran kita masih gagal mengintipretasi yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak, yang mana satu kepentingan dan yang mana satu tanggungjawab.
Sering kali kita terjumpa 'the abuse of power' dan ada juga tak faham erti kuasa tu. Tak kirala kuasa itu kuasa anugerah, atau kuasa terpilih. Ada juga beranggapan dirinye berkuasa, sebab mempelopori sesuatu, tanpa memikir manusia boleh berevolusi. Keadaan ini yang menyebabkan sang suria pun merajuk sepi, hanya bulan nan suram menerangi malam. Apa kan daya kalau cetek tahap cerna maklumatnya. Mesej di sampai, keputusan dibuat. Akhirnya, masuk satu bakul, angkat 2 bakul.
Manusia mampu berevolusi. Bila evolusi berlaku, maka ada tunas baru muncul, mungkin membawa pembaharuan, agar pikiran tidak dibendung 1 skop pemikiran yang sama.
Perkara ini telah berlaku dan akan terus berlaku. Dan apabila itu berlaku, maka sinaran baru akan muncul. Sinaran yang terang bak sang suria yang menghidupkan kembali suasana yang gelap itu. Maka bulan yang dulu hanya peneman malam yang gelap itu akan berlalu, memberi ruang untuk sinaran sang suria menerangi jalan baru ini.
Jangan cemburu dengan ia,kerana sudah sampai masanye untuk kamu mengundur diri.
Thursday, May 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment